Tuesday, August 18, 2009

KEJOHANAN ANTARA TEKNIK (KAT) PERINGKAT ZON NEGERI SEMBILAN/ MELAKA 2009


Pada 10 April 2009 yang lalu, telah berlangsung Kejohanan Antara Teknik (KAT) Zon Negeri Sembilan/ Melaka di Centre Courts, Paroi. Kejohanan berlangsung dari jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 petang. Sebanyak sebelas buah sekolah teknik telah mengambil bahagian, iaitu SMT Ampangan, SMT Kuala Klawang, SMT Juasseh, SMT Dato Undang Hj. Mohd. Shariff, SMT Lela Maharaja, SMT Port Dickson,SMT Bukit Piatu, SMT Melaka Tengah, SMT Jasin, dan SMT Alor Gajah, Melaka. SMT Tuanku Jaafar selaku pengelola kejohanan.Pada kejohanan tersebut SMT Tuanku Jaafar telah berjaya muncul sebagai Johan , manakala SMT Ampangan sebagai Naib Johan.Majlis penutup telah disempurnakan oleh Pengetua SMT Tuanku Jaafar selaku Pengerusi Pengelolaan Sekolah Menengah Teknik Zon Negeri Sembilan/ Melaka.